Kalau korang nak tahu, OSIM sedang mengadakan satu pertandingan yang cukup menarik. Apa yang paling best, kalau menang pertandingan ini, korang akan memenangi kerusi gaming yang ada ciri mengurut badan!
Apa yang korang perlu lakukan adalah sertai OSIM Transformers Microsite Game Challenge di pautan ini, dan ikuti langkah-langkah ini:
- Log masuk ke OSIM Microsite Game
- Daftar dengan emel dan nombor telefon
- Pilih pasukan (Team Bumblebee atau Team Optimus Prime)
- Game bermula
- Klik sasaran (logo OSIM) seberapa banyak yang boleh dalam masa yang disediakan
- Elakkan daripada klik asteroid
- Kumpulkan 4 recharge power (ikon bersinar) untuk habiskan semua sasaran dan tambah 3 saat kepada gameplay
- Teruskan bermain untuk mengumpulkan mata untuk Team yang dipilih tadi
Pemain yang mengumpulkan mata tertinggi dalam leaderboard akan memenangi hadiah utama iaitu 1 x OSIM uThrone S bernilai RM2,988!
Tempat kedua hingga kelima pula akan memenangi 1 x Pengurut tangan OSIM uSqueez Hand bernilai RM868 setiap seorang!
Tempat ke-6 hingga ke-10 pula akan memenangi 1 x Pengurut mata OSIM uVision 3 bernilai RM388 setiap seorang!
Bukan itu sahaja, setiap pendaftaran juga akan mendapat Recharge Kit ekslusif bernilai RM150 dari OSIM yang boleh ditebus di kedai (tertakluk kepada stok, siapa cepat dia dapat!).
Di samping itu, OSIM juga menjemput kita semua untuk hadir dan memberi sokongan kepada satu kejohanan Mobile Legends, iaitu All Star Finale Match yang akan berlangsung pada 26 November 2022 di IOI Mall Puchong.
Kejohanan secara langsung ini akan membariskan beberapa nama terkenal seperti Hao Ren, Han Xiiao Aii, dan 10 pemain profesional eGG!
Jumpa korang di sana!
So, apa sebenarnya KERUSI GAMING BOLEH URUT ini?!
Tak kisah berapa mahal pun korang beli kerusi gaming, lepas main game berjam-jam mesti korang akan sakit badan juga.
Tapi OSIM sekarang pun dah masuk ke gelanggang kerusi gaming! Iya betul OSIM, jenama kerusi urut yang popular itu.
Sekarang mereka juga dah keluarkan kerusi gaming mereka sendiri – dan sudah tentunya kerusi gaming ini boleh urut badan korang yang letih carry satu team tu!
Korang jangan tak tahu ya, buat masa ini, kerusi keluaran OSIM ini merupakan satu-satunya kerusi gaming yang menampilkan ciri mengurut badan!
OSIM telah memperkenalkan dua model kerusi urut gaming, iaitu uThrone V dan uThrone S. Paling best, kedua-dua model ini membawakan rekaan Transformers!
Kerusi gaming + boleh urut + rekaan Transformers! Apa lagi korang nak?!
Menggunakan tagline “RECHARGE AND GAME ON”, setiap model kerusi ini menawarkan dua pilihan warna edisi terhad, iaitu warna kuning-hitam Bumblebee dan warna merah-biru Optimus Prime. Selain itu, ada juga warna serba hitam.
Kalau main game sambil duduk di atas uThrone V, dengan adanya Intelligent V-Hand TM Massage Technology, korang akan menikmati satu pengalaman keselesaan gaming yang ergonomik!
Kalau main game sambil duduk di atas uThrone S pula, korang boleh laraskan gegaran urut dengan 3 tahap intensiti. Kalau rasa nak urut-urut santai, boleh letak urut yang perlahan. Kalau dah penat sangat main sampai dah unlock semua achievement, korang boleh letakkan gegaran urut yang kuat.
Dengan uThrone S juga, korang boleh duduk dengan sangat selesa disebabkan rekaannya yang ergonomik, kedudukan kerusi yang boleh dilaraskan, serta adanya lumbar cushion
Kalau tak puas lagi, korang boleh ubahsuai kerusi uThrone S ini dengan menambah uVision 3 untuk mata, uCozy 3D untuk leher dan bahu, serta uLumbar untuk pinggang.
Kalau tak berjaya memenangi pertandingan yang kami sebut di atas itu, korang boleh je beli terus kerusi gaming ini.
uThrone V boleh didapati pada harga RM3,288 – dengan 36 bulan ansuran pada RM92 setiap bulan. Korang boleh beli di pautan ini.
uThrone S pula boleh didapati pada harga RM2,188 – dengan 36 ansuran pada RM61 setiap bulan. Korang boleh beli pautan ini.
Kalau korang nak cuba-cuba dulu, korang boleh lawati kedai OSIM berhampiran.
Artikel ditaja oleh OSIM.
Your article helped me a lot. what do you think? I want to share your article to my website: