Pertama kali diumumkan pada bulan Ogos 2020, Orwell’s Animal Farm merupakan video game yang diadaptasi dari novella satira klasik tahun 1945 tulisan George Orwell.
Dibangunkan oleh Nerial and The Dairy Men, ia telah diumumkan bahawa Orwell’s Animal Farm akan dikeluarkan pada 10 Disember tahun ini. Pengumuman itu turut dilancarkan sekali bersama dengan trailer pendek.
Ia merupakan game yang memfokuskan kepada naratif di mana pemain ditugaskan untuk memberi tugasan kepada haiwan-haiwan, memilih undang-undang yang perlu dikuatkuasakan di ladang dan perlahan-lahan melakukan korupsi ke atas haiwan-haiwan dengan menentukan ganjaran yang mereka akan perolehi.
Pemain juga perlu memastikan bahawa populasi haiwan di ladang kekal gembira dan mampu menguruskan sumber dengan baik. Semua ini akan dapat dirasai oleh pemain dalam grafik seperti lukisan dari buku cerita kanak-kanak.
Menurut pembangun game, Orwell’s Animal Farm akan menampilkan barisan karakter yang sama seperti dalam novel. Pemilihan naratif yang diberikan kepada pemain akan membolehkan cerita Animal Farm diperkembangkan melangkaui ideologi Animalism di semuanya bermula di ladang.
Comments
Loading…