in , , , , ,

Operator Baru Rainbow Six Siege, Clash Adalah Defender Yang Mempunyai Perisai Elektrik

Ada kuasa elektrik.

Year 3 Season 3 dalam Rainbow Six Siege bakal bermula tidak lama lagi. Operation Grim Sky telah diumumkan sebelum ini, dan terbaru, mereka mengacah salah satu Operator baru yang akan diperkenalkan ke dalam musim baru akan datang ini.

Daripada video acah yang dimuat-naik, Ubisoft memperkenalkan satu Operator wanita Defender yang mempunyai perisai (shield), digelar Clash. Di akhir video, kita dapat lihat ada kuasa elektrik yang keluar dari perisai ini.

Korang boleh saksikannya di bawah:

https://twitter.com/Rainbow6Game/status/1029035212406173696

Dalam Rainbow Six Siege blog, Ubisoft memperincikan Clash ini sebagai Defender yang berasal dari Britain.

Melalui apa yang diacah setakat ini, nampaknya mereka akan membawakan Operator Defender pertama yang mempunyai perisai. Sebelum ini, hanya Attacker yang disisipkan dengan gajet perisai, iaitu Montagne, Blitz dan Fuze. Lebih menarik, perisai yang dimiliki Clash ini akan menutupi keseluruhan badannya hingga ke bawah, sama seperti Montagne.

Kita juga dapat saksikan yang perisai Clash ini kelihatan seperti lebih ringan berbanding perisai yang dibawakan Montagne. Disebabkan itu, kemungkinan, Clash ini adalah satu Operator yang mempunyai kelajuan yang agak pantas jika dibandingkan dengan Montagne yang sangat berat dan perlahan.

Operation Grim Sky akan didedahkan secara penuh semasa acara Six Major Paris pada 19 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Sedang Rancang Matchmaking Baru Dalam Fortnite Yang Pasangkan Pemain Ikut Controller Atau Keyboard/Mouse

Dapatkan Insurgency Secara Percuma Di Steam Sekarang Dan Simpannya Buat Selamanya