Siapa yang dah mainkan The Witcher 3, pastinya sudah cukup kenal betapa besarnya open-world yang disajikan oleh CD Projekt Red dalam game ini.

Kini, game akan datang yang sedang dibangunkan studio yang berpangkalan di Poland itu ialah Cyberpunk 2077, dan kita semua tertanya — apakah open-world dalam game futuristik ini akan sama besarnya dengan The Witcher 3?

Bercakap kepada Gamesradar, penerbitnya, Richard Borzymowski telah mendedahkan bahawa open-world dalam Cyberpunk 2077 akan lebih kecil, namun bandarnya akan lebih padat berbanding The Witcher 3. Kata beliau:

“Kalau kamu lihat dari permukaan, [dari segi] kilometer persegi, maka Cyberpunk 2077 mungkin akan lebih kecil berbanding The Witcher 3, tapi kepadatan kandungannya, ambil dunia The Witcher dan himpitkannya, buangkan kawasan lapang dan hutan di antaranya.”

“Semestinya, dalam The Witcher kami bawakan open-world yang lorong dan hutan yang luas di antara bandar-bandar kecil dan bandar-bandar besar seperti Novigrad, tapi dalam Cyberpunk 2077 kami letakkan di dalam Night City.”

Jangan korang lupa juga bahawa Night City akan menyajikan lebih banyak lokasi yang bersifat menegak. Bermakna, pemain akan boleh menerokai bangunan-bangunan serta pencakar langit korporat. Jadi, Cyberpunk 2077 pasti akan menampilkan satu pengalaman yang cukup luas kepada para pemain.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!