in , , , , ,

Open Beta Untuk Dragon Ball FighterZ Telah Diumumkan, Dapatkan Waktu Ia Akan Bermula Dan Berakhir

Beberapa minggu sebelum game ini dilancarkan, kita akan dapat merasa sesi open beta!

Bandai Namco telah mengumumkan sesi open beta untuk game fighting mereka akan datang, Dragon Ball FighterZ – iaitu ia akan bermula pada 14 Januari 2018, 4 petang (semua waktu dinyatakan di dalam artikel ini adalah dalam waktu Malaysia).

Bagi korang yang melakukan pre-order, akses awal akan diberikan kepada sesi open beta ini, iaitu akan bermula pada 13 Januari, 4 petang.

Sesi open beta ini akan tamat untuk semua pemain pada 16 Januari, 4 petang.

Jika korang membaca laporan kami semalam, Bandai Namco ada mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu livestream “istimewa” pada awal pagi tadi. Apa yang telah didedahkan oleh mereka adalah gameplay yang memaparkan aksi Beerus, Hit dan Goku Black serta gameplay untuk story mode. Korang boleh tontonnya di bawah:

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Layers Of Fear Serta Runut Bunyinya Secara Percuma Sekarang!

CS:GO Akan Perkenalkan Mode Survival Seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds? Betul Ke Bohong?