Menu
in , , ,

Onmyoji Arena – Game Mobile MOBA Yang Fokus Kepada Pertarungan Lebih Adil Tanpa Sistem Rune

Onmyoji Arena merupakan sebuah game mobile MOBA terbaharu keluaran NetEase. Game ini mungkin tidak sepopular game-game mobile MOBA yang lain, namun ia mempunyai potensi kerana membawakan beberapa kelainan.

Onmyoji Arena boleh dikatakan sebagai game mobile MOBA pertama yang tidak menggunakan sebarang sistem rune, sekaligus menjadikan game ini menampilkan sebuah gameplay yang lebih adil kepada semua pemain. Pertarungan akan terasa lebih seimbang.

Korang mungkin biasa dengar tentang Onmyoji, iaitu sebuah game turn-based strategi fantasi yang boleh dimainkan di PC (Steam), iOS dan Android. Selepas kejayaan game itu yang mendapat sambutan yang positif, NetEase telah mengeluarkan spin-off kepada game tersebut — genre mobile MOBA pula, iaitu Onmyoji Arena.

Pada 3 Julai lalu, NetEase telah melancarkan satu kemaskini baharu yang dibawakan ke dalam Onmyoji Arena — iaitu Summer Firework Festival 2020 yang turut menampilkan crossover Kumamon. Pelbagai kandungan menarik dalam game yang akan bertemakan Kumamon.

Tertarik dengan mobile MOBA keluaran terbaharu NetEase ini? Korang boleh mainkannya secara percuma melalui iOS di sini dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version