Korang dah bersedia untuk mendengar berita yang sangat menggemparkan ini?
Capcom baru sahaja mengumumkan yang Onimusha: Warlords akan dilancarkan ke platform-platform gaming masakini — iaitu untuk PC (Steam), PS4, Xbox One dan Nintendo Switch!
Melalui satu blogpost, Capcom mendedahkan yang versi remastered ini akan dikeluarkan pada 15 Januari 2019, berharga USD20 (~RM82).
Versi ini akan menampilkan visual yang lebih baik, dengan kemaskini diperkenalkan kepada grafik background game, rekaan karakter, dan cut scenes. Capcom turut menambah sokongan analog stick, opsyen paparan 4:3 dan 16:9, serta soundtrack baru bersama-sama dengan rakaman lakonan suara Jepun yang baru.
Selain itu, Easy Mode akan boleh korang mainkan dari awal yang mana ia tidak dibenarkan dalam game asal.
Siri game Onimusha merupakan game yang sangat popular semasa era PlayStation 2.
Onimusha: Warlords pertama kali dilancarkan pada tahun 2001, kemudian diikuti dengan Onimusha 2: Samurai’s Destiny (2002), Onimusha 3: Demon Siege (2004), dan Onimusha: Dawn of Dreams (2006).
Persoalan yang terus bermain dalam minda kami selepas mendengar berita tentang versi remastered Onimusha ini — adakah sebuah game baru dari siri ini sedang dalam pembangunan oleh Capcom? Entahlah, hanya mereka yang ada jawapannya.
Comments
Loading…