Tentukan jalan cerita korang mengikut 8 pilihan ‘talent’ dan 8 pengembaraan yang unik.
Game turn-based RPG Octopath Traveler di Nintendo Switch ini membawa 8 cerita tersendiri untuk setiap class. Pilihan jalan cerita dan perlawanan akan menentukan ending cerita berbeza.
Setiap talent mempunyai kekuatan berbeza dan abiliti tersendiri mengikut cara stail permainan anda. Pilihan stail gameplay talent amat berbeza contoh dari Apotheracy membuat potion dan explosion di dalam battle atau mencuri dari pihak lawan dengan Thief.
Character development anda akan berkembang dan membina reputasi anda mengikut pilihan anda antara ‘Noble’ atau ‘Rogue’. Karakter akan mempunyai ‘main job’ utama dan selepas progress yang lebih mendalam karakter dapat belajar ‘second job’ yang lain untuk berlawan lalu dapat mix and match weapon dan armor.
Muzik dan visual game ini memang nostagic, terasa throwback dengan 16-bit dan feeling retro gaming. Walaupun characternya kelihatan seperti 2D pixels, tetapi ia tetap di dalam perspektif 3D.
Demo untuk game ini boleh di dapati di sini. Pilih antara 2 talent, menari dengan mengasyikkan dengan Primrose atau gagah berlawan seperti pahlawan dengan Olberic.
Octopath Traveler akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 13 Julai 2018.
Comments
Loading…