Bagi korang yang inginkan monitor besar bagak!
Nvidia telah mempamerkan teknologi paparan mereka bernama Big Format Gaming Displays (BFGDs) di CES 2018. Monitor-monitor gaming bersaiz 65 inci ini akan dibikin oleh Acer, Asus, dan HP sebagai paparan 4K HDR.
Monitor gaming dengan G-Sync ini sangatlah sesuai bagi mereka yang memiliki komputer gaming berkuasa tinggi. Dengan refresh rate 120Hz dan resolution 4K – pasti ianya akan ditawarkan dengan harga hilang akal nanti!
Monitor ini juga akan disertakan dengan NVIDIA SHIELD, membolehkan gamers untuk bertukar-tukar antara gaming dan sebarang bentuk hiburan yang lain.
Acer juga telah mengumumkan Predator BFGD dengan NVIDIA® G-SYNC™ di dalam satu press release sebentar tadi.
Comments
Loading…