in ,

Nvidia Kata Kekurangan GPU Akan Berterusan Sehingga Hujung Tahun

Dalam laporan kewangan terbaharu Nvidia kepada para pelaburnya, syarikat itu telah berkongsikan perkembangan terbaharu mengenai kekurangan stok GPU yang melanda sejak lebih setahun ini.

Nvidia telah mendedahkan bahawa kekurangan stok akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

“Jumlah permintaan kekal kukuh dan terus mengatasi bekalan, dalam masa sama inventori kami terus kekal berkurangan,” kata CFO Nvidia, Colette Kress dalam satu kenyataan. “Kami menjangkakan permintaan akan terus mengatasi bekalan sepanjang tahun ini. Kami yakin kami akan mempunyai bekalan mencukupi untuk menyokong perkembangan berterusan melepasi suku pertama tahun.”

Ini kemungkinan besar akan turut memberikan kesan kepada produksi Nintendo Switch Pro yang dikhabarkan akan menggunakan cip dari Nvidia.

Produksi GPU, PS5, Xbox Series dan kebanyakan barangan elektronik lain terkesan teruk dengan kekurangan semikonduktor yang berpunca daripada penutupan banyak kilang di Asia disebabkan pandemik global.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sony Buat Pelaburan Sebanyak RM1 Billion Ke Dalam Epic Games

Sony Tambah RM825 Juta Pelaburan Ke Dalam Epic Games

Pembangun The Day Before Mempertimbang Untuk Lancarkan Ke PS5, Xbox Series