Baru nak eksyen pakai RTX 2080 Ti, sekali GPU bangsawan mati la pulak!
Berita tentang RTX 2080 Ti, graphic card terbaru NVIDIA yang dilaporkan menemui ajal sebelum masanya mula timbul di forum rasmi NVIDIA dari minggu lepas. Rungutan yang timbul melaporkan bahawa Founders Edition RTX 2080 Ti mereka menunjukkan tanda-tanda artifacting ataupun terus aje BSOD (Blue Screen of Death) yang ditakuti ramai. Ada juga yang melaporkan paparan skrin hitam, GPU yang tidak berfungsi, termasuk langsung tidak boot up semasa start up!
Salah satu cara merawat GPU artifacting biasanya diperbetulkan dengan re-installing driver GPU terbabit. Tetapi ramai pemilik RTX 2080 Ti mengadu masalah ini masih berlaku terutamanya bagi mereka yang memiliki GPU tersebut yang berjenama ASUS, Gigabyte dan Zotac.
GPU artifacting biasanya berlaku kerana isu berkaitan haba panas. Re-installing driver adalah salah satu cara untuk memperbetulkan sistem kipas GPU dan juga agihan pemprosesan bagi memastikan komponen terlibat tidak terlalu terbeban dan menghasilkan haba panas. Menurut satu kajian dari Tom’s Hardware German, kamera thermal mereka mendapati memory module GDDR6 M6 dan M7 menjadi sangat panas apabila memproses beban penuh 100%.

NVIDIA telah mengumumkan pemilik RTX 2080 Ti yang bermasalah untuk return merchandise authorization (RMA) / pulangkan GPU mereka yang bermasalah untuk mendapat GPU pengganti ataupun wang mereka kembali.
Ini sememangnya mengejutkan. Dah lah berbelanja ribuan ringgit untuk menggunakan RTX 2080 Ti bagi menikmati ciri teknologi ray tracing dan DLSS yang takkan boleh digunakan sepenuhnya untuk beberapa tahun lagi. Timbul pula masalah sebegini.
Mana GTX 1080 Ti?
Ramai pasti akan mencari alternatif paling dipercayai dan stabil sebagai pengganti RTX 2080 Ti – maka carian GTX 1080 Ti pun bermula. Bagaimanapun, menurut Gamers Nexus yang memetik sumber-sumber industrinya, NVIDIA telah menghentikan pembuatan GTX 1080 Ti, mungkin bagi menumpukan perhatian ramai kepada RTX 2080 Ti.
Ahh sudah. RTX 2080 Ti pun bermasalah. GTX 1080 Ti pulak makin rare. Susah bebenor nak jadi #PCMasterRace ni. LOL
Kalau korang berhasrat membeli GTX 1080 Ti, redha ajelah kalau harga dinaikkan kerana unit baru yang semakin habis lagi rare. Kalau nak beli di pasaran second hand pulak, hati-hati, takut terbeli GTX 1080 Ti yang digunakan untuk melombong bitcoin. Pastinya GPU ini dah kena tekan habis-habisan.
Nasihat kitorang, simpan dulu duit tabung korang sehingga NVIDIA perbaiki isu ini. Kalau tak, bukan NVIDIA aje yang hasilkan GPU. Ehem.
Comments
Loading…