Siapa yang masih ada buah pinggang untuk dijual? Siap-sedia Ogos ini!
DigiTimes di dalam artikel mereka telah mendedahkan tarikh pelancaran graphic card GeForce 11 series yang telah riuh dibicarakan selama ini. Menurut DigiTimes, GeForce GTX 1180 akan dilancarkan pada penghujung Ogos nanti.
Bukan itu saja. Laporan yang sama juga menyatakan bahawa GeForce GTX 1170 akan dilancarkan di penghujung September dan GeForce GTX 1160 pula dilancarkan pada penghujung Oktober!
Ini sekena dengan khabar angin yang ditiup Youtuber, Gamer Meld yang kononnya menerima email daripada board partner NVIDIA yang menggariskan tarikh-tarikh pelancaran GeForce 11 series seperti berikut:
- NVIDIA GeForce GTX 1180 (30th August Release Date)
- NVIDIA GeForce GTX 1180+ (30th September Release Date)
- NVIDIA GeForce GTX 1170 (30th September Release Date)
- NVIDIA GeForce GTX 1160 (30th October Release Date)
Menurut laporan DigiTimes lagi, harga GPU GeForce 11 series akan tidak menentu semasa musim pelancarannya kerana lambakan GPU GeForce 10 series yang dihasilkan NVIDIA bagi memenuhi permintaan geng-geng pelombong cryptocurrency dan blockchain yang kini semakin menurun.
Mungkin, semasa pelancaran GPU GeForce 11 series nanti, korang boleh akhirnya membeli GPU GTX 1080Ti OC Edition SLI yang diidam selama ini. Nak beli GPU GeForce 11 series? Tunggu harga stabil dulu lah.
Comments
Loading…