Notmycar ialah game battle royale yang mana konsepnya seperti game PUBG. Tapi apa yang membezakannya adalah pemain tidak berlawan dengan berjalan kaki, sebaliknya pemain berlawan dengan menaiki kereta.
Ia mempunyai sedikit elemen dari game Twisted Metal, kesemua kereta akan dijatuhkan dari kapal terbang pada awal permulaan perlawanan. Dan satu kawasan itu akan menjadi semakin mengecil sehingga seorang pemenang diumumkan.
Laman web rasmi game tersebut menyebut ada juga yang lain sudah mencuba game itu. Kenyataan rasmi dari laman web itu mengatakan pemain akan mendapat senjata dari “caches” yang diletakkan di seluruh kawasan di atas pulau itu. Pemain juga boleh mendapat points yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengubahsuai warna kereta dan sebagainya.
Maklumat lain seperti jumlah pemain, platform mana akan dikeluarkan, sama ada perisai akan ada atau tidak dan banyak lagi masih belum didedahkan. Trailer rasmi juga masih belum ada, tapi beberapa keping screenshots sudah dikeluarkan.
Korang boleh mendaftar untuk sesi percubaan alpha di laman web rasmi Notmycar.
Comments
Loading…