in , ,

Norman Reedus Nampaknya Telah Mengesahkan Sekuel Death Stranding Sedang Dalam Pembangunan

Tahun lalu, Norman Reedus telah mendedahkan yang sekuel untuk Death Stranding sedang dalam perbincangan. Kini, satu lagi perkembangan telah didedahkan beliau.

Dalam satu temu bual bersama Leo Edit, beliau telah ditanyakan mengenai Death Stranding. Beliau telah berkata, “kami baru sahaja mulakan yang kedua.”

Kemudian, setelah berkongsikan pengalamannya bagaimana beliau didekati oleh Hideo Kojima dan pasukannya, melakukan sesi mo-cap selama 2-3 tahun, beliau sekali lagi menyebutkan “kamu baru sahaja memulakan bahagian kedua itu.”

Bagi yang tidak tahu, Reedus memainkan watak Sam Porter Bridges dalam game pertama Death Stranding.

Daripada apa yang kita tahu tentang game tersebut, Reedus nampaknya tidak sepatutnya mendedahkan perkara itu memandangkan Sony dan Kojima Productions belum lagi mengumumkan secara rasmi sekuel game futuristik itu.

Kini, selepas beberapa kali Reedus terlepas cakap, mungkin Kojima sedang melakukan persiapan untuk mengumumkannya secara rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

TikTok Dilaporkan Ingin Masuk Ke Dalam Gaming, Boleh Main Game Terus Dalam Aplikasi

EA Dilaporkan Berhubung Dengan Disney, Apple, Amazon Untuk Diambil-Alih