Metronomik telah mengumumkan kandungan baharu yang bakal hadir ke dalam game pertama mereka, No Straight Roads.
Bertemakan perayaan Krismas, kandungan percuma ini akan dilancarkan pada awal Disember ini untuk pemain di PC, PS4 dan Xbox One. Untuk Nintendo Switch, ia akan hadir pada tarikh terkemudian.
Apa yang menarik dalam kemaskini terbaharu ini ialah mereka mengadun semula game ini dengan muzik, pakaian dan dekorasi bertemakan Krismas. Hampir semua bos dalam game kelak akan didandan dengan penampilan baharu bertemakan perayaan hujung tahun tersebut.
Korang boleh saksikan trailer untuk kandungan percuma bertemakan Krismas ini di bawah:
JomBaca: Semua 10 Unsur Dan Budaya Malaysia Yang Dibawa Masuk Dalam No Straight Roads
Comments
Loading…