in , , , , ,

No Straight Roads Memperlihatkan Gameplay Pertama Nintendo Switch, Mode 3 Pemain Eksklusif

Metronomik sebelum ini telah memaparkan banyak gameplay No Straight Roads dari platform PC dan PS4 — iaitu dua platform asal game ini diumumkan.

Kemudian, pada Mei lalu, mereka telah mengumumkan yang game ini akan turut dilancarkan ke Xbox One dan Nintendo Switch. Terkini, Metronomik telah memperlihatkan gameplay pertama No Straight Roads untuk Switch.

Mereka mengumumkan yang Switch akan mempunyai 3-pemain Assist Mode, satu mode yang eksklusif hanya untuk Switch. Metronomik turut menyatakan yang game ini di platform tersebut akan menyajikan framerate sehingga 60fps.

Korang boleh tonton trailer pertama No Straight Roads dari Switch di bawah.

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah sepupunya, Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020 untuk PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch. Ia akan dilancarkan ke Steam selepas 12 bulan ia menjadi eksklusif untuk Epic Games Store.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fall Guys Adakan Bidaan, Derma Kepada Kebajikan Untuk Jenama Masukkan Karakter Mereka

Bermacam Jenama Sedang Membida Untuk Masukkan Karakter Mereka Dalam Fall Guys

Call of Duty: Black Ops Cold War Diumumkan Secara Rasmi Melalui Trailer Pertama

Call of Duty: Black Ops Cold War Diumumkan Secara Rasmi Melalui Trailer Pertama