Metronomik telah membawakan game yang mereka sedang bangunkan, No Straight Roads, ke PAX EAST yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan acara itu, mereka telah memperlihatkan gameplay bos pertama yang ada dalam game ini, yang mana bos tersebut digelar DJ Subatomic Supernova. Korang tonton sedikit gameplay yang telah mereka kongsikan di bawah:

Secara ringkasnya, No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game tempatan yang diketuai oleh Wan Hazmer, bekas pembangun Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV.

No Straight Roads akan dilancarkan pada musim bunga 2019 (sekitar Mac hingga Jun) untuk PC (Steam) dan PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.