in , , , , ,

No Straight Roads Kini Dilancarkan Untuk PC, PS4, Switch, Xbox One – Ini Trailer Pelancaran

Sebagai sebuah game buatan Malaysia, pastinya No Straight Roads merupakan salah satu game paling kita nantikan pada tahun ini. Kini, penantian itu sudah berakhir.

Metronomik telah mengeluarkan trailer pelancaran untuk No Straight Roads — menandakan pada hari ini, 25 Ogos 2020, game aksi bertemakan muzikal ini kini sudah dilancarkan ke platform PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Jom layan trailer terbaharu ini, memaparkan May dan Zuke sudah bersedia untuk menggegarkan Vinyl City.

Game ini tidak mengenakan harga seperti sebuah game penuh, sebaliknya ia menawarkan harga yang berbeza di setiap platform. Berikut ialah harga untuk keempat-empat platform yang dilancarkan:

Tarikh Pelancaran Baru No Straight Roads Diumumkan, Bersedia Untuk Muzik Rock Ogos Ini

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah sepupunya, Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fall Guys Versi Mobile Sedang Dibangunkan Untuk Pasaran China

Fall Guys Versi Mobile Sedang Dibangunkan Untuk Pasaran China

Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia

Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia