in , ,

No Straight Roads: Encore Edition Akan Dilancarkan Ke Steam Hujung Bulan Ini

Setelah mengumumkannya lebih sebulan yang lalu, Metronomik telah mendedahkan tarikh pelancaran No Straight Roads: Encore Edition untuk platform Steam.

No Straight Roads: Encore Edition akan dilancarkan pada di Steam pada 21 Oktober 2021.

Sementara menunggu, korang sudah boleh masukkannya ke dalam Wishlist.

Seperti dijadualkan, setelah setahun menjadi eksklusif di Epic Games Store untuk platform PC, No Straight Roads akan dilancarkan pula ke Steam pada tahun ini.

Selain membawakan segala kandungan dari game asal, Encore Edition akan menampilkan beberapa kandungan tambahan seperti koleksi muzik-muzik dengan adunan baharu dari artis baharu dan lama, sinematik pembukaan baharu, penambahbaikan kualiti hidup, kandungan artwork dari para peminat, serta kandungan bertemakan Krismas yang dilancarkan tahun lalu.

Saksikan trailer untuk No Straight Roads: Encore Edition:

Setelah bertahun menimba ilmu di bawah Square Enix, yang mana projek terakhirnya di Jepun adalah sebagai ketua pereka Final Fantasy XV, Wan Hazmer Wan Abd Halim kembali ke tanah air untuk mencurah bakti dalam industri gaming tempatan.

Bersama-sama dengan Daim Dziauddin, bekas artis konsep Street Fighter V, yang juga sepupunya, mereka telah mengasas Metronomik, sebuah studio pembangunan game tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Game pertama Metronomik — No Straight Roads.

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, JomGaming mengatakan bahawa No Straight Roads menyajikan sebuah gameplay aksi bertemakan muzik yang menggabungkan kedua-duanya dengan amat bijak. Walaupun mempunyai glitch yang agak mengjengkelkan, namun sebagai sebuah game pertama dari studio yang kecil dengan skala pelancaran yang begitu besar, serta betapa komitednya Metronomik untuk memperbaikinya, ia bolehlah kita maafkan.

No Straight Roads kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sports Sedang Mempertimbang Menukar Nama Francais FIFA – Mungkin Takkan Ada ‘FIFA 23’

Rockstar Akhirnya Umum Secara Rasmi Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition Untuk Semua Platform Moden