Game aksi bertemakan muzik yang dibangunkan oleh studio tempatan, No Straight Roads telah menjana keuntungan dalam masa sehari sahaja selepas pelancarannya pada 25 Ogos lalu.
Berita ini diumumkan oleh Enad Global 7 (EG7) iaitu pemilik kepada Sold Out, penerbit untuk No Straight Roads. Walau bagaimanapun, itu sahaja yang diumumkan, dan mereka tidak berkongsikan sebarang butiran lanjut.
“Kedua-dua Metronomik dan Sold Out telah bekerja keras untuk beberapa tahun dengan No Straight Roads dan saya gembira melihat game ini memulakan langkah permulaaan dengan baik dari segi komersial,” kata CEO EG7, Robin Flodin.
“Inilah berita bisnes yang saya ingin dengar ketika bangun,” kata Wan Hazmer, pengarah game ini, di laman Facebooknya. “Terima kasih semua untuk segala kasih sayang dan sokongan! Kami akan terus memperbaiki bug, tapi saya harap kamu terhibur dengan game ini. Kalau belum dapatkannya, pergi dapatkan sekarang!”
Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, JomGaming mengatakan bahawa No Straight Roads menyajikan sebuah gameplay aksi bertemakan muzik yang menggabungkan kedua-duanya dengan amat bijak. Walaupun mempunyai glitch yang agak mengjengkelkan, namun sebagai sebuah game pertama dari studio yang kecil dengan skala pelancaran yang begitu besar, serta betapa komitednya Metronomik untuk memperbaikinya, ia bolehlah kita maafkan.
No Straight Roads kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One dan Switch.
Comments
Loading…