in , , , ,

No Straight Roads Akan Tampilkan Sarikata Berbahasa Malaysia

Metronomik telah mengesahkan yang Bahasa Malaysia merupakan salah satu daripada bahasa yang akan tersedia untuk sarikata yang ada dalam No Straight Roads.

Info ini disahkan di bahagian soalan lazim (FAQ) di laman web rasmi game tersebut. Salah satu soalan yang paling banyak ditanyakan ialah apakah bahasa yang disediakan untuk sarikata dalam game ini. Jawapannya ialah Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, Rusia, Melayu, Cina Diringkaskan, Cina Tradisional, Korea dan Jepun.

Walau bagaimanapun, terdapat hanya empat bahasa suara latar yang dirakamkan secara penuh iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jepun. Pemain diberi pilihan untuk menukar antara empat bahasa lakonan suara ini pada bila-bila masa.

Di samping itu, FAQ ini turut mengesahkan yang tiada versi PS5 dan Xbox Series dirancang buat masa ini. Namun, game ini boleh saja dimainkan di konsol generasi akan datang itu melalui fungsi backward compatibility tanpa sebarang masalah.

Tarikh Pelancaran Baru No Straight Roads Diumumkan, Bersedia Untuk Muzik Rock Ogos Ini

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah sepupunya, Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020 untuk PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch. Ia akan dilancarkan ke Steam selepas 12 bulan ia menjadi eksklusif untuk Epic Games Store.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pendekatan Microsoft Bukan Ingin Jual Konsol Lebih Banyak Daripada Sony, Nintendo, Kata Bos Xbox