in , , ,

No Man’s Sky: Release Date Dah Keluar! Sekali Dengan Collector’s Edition Tu!

no-man-sky-001

Yeah! Penulis tau ramai yang tak sabar dengan game No Man’s Sky ni. Relaks guys, penulis ada berita gembira nak kongsi dengan korang ni.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, No Man’s Sky game dari developer Hello Games mengumumkan bahawa game ini akan berada di pasaran pada 21 Jun 2016 untuk PC dan juga PlayStation 4.

no-man-sky-002

Game berkonsepkan adventure/first person shooter ini boleh dimainkan secara single player ataupun multiplayer. Bukan itu sahaja, collector’s edition iaitu Explorer Edition boleh dimiliki oleh pengguna PC dengan harga RM620 – namun begitu hanya terhad kepada 10 000 salinan sahaja.

no-man-sky-003

Bagi pemilik console PlayStation pula korang boleh dapatkan Special Edition No Man’s Sky dengan pre-order di kedai-kedai game yang terpilih. Special Edition ini termasuklah CD game No Man’s Sky, Steelbook case, Artbook, Komik, PS4 Theme dan ‘Starter pack’.

So amacam guys, teruja! Kalau berminat dengan game No Man’s Sky ni, dah boleh la menabung dari sekarang. Jangan melepas sudahlah!

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Plants vs Zombies: Garden Warfare 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Fire Emblem Fates : DLC Baru Bakal Menjengah Jepun Dulu!