in , , , ,

Nivea Dan Hado Malaysia Umumkan Pertandingan Augmented Reality, Pemenang Akan Wakili Malaysia Di Jepun

Korang pernah dengar tentang game Hado? Bagi korang yang tidak pernah dengar, ia merupakan sebuah game augmented reality (AR) yang menggunakan isyarat tangan dan keseluruhan tubuh badan untuk menyerang atau menahan serangan musuh.

Di bawah adalah antara aksi game Hado ini, kalau korang tak pernah saksikannya:

Terbaru, Hado Malaysia, dengan kerjasama Nivea, telah mengumumkan sebuah pertandingan Hado, digelar Nivea X Hado Malaysia Open 2018. Ia bakal diadakan di The Rift, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 28 Oktober ini.

Pertandingan ini bukan sahaja menawarkan hadiah kemenangan berupa wang tunai dan produk Nivea sahaja, malah juara akan mewakili Malaysia ke Hado World Cup 2018. Kejohanan yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun itu pula menawarkan hadiah terkumpul sebanyak JPY3,000,000 (~RM110,031).

Selain diterbangkan ke Jepun, hadiah yang akan menjadi rebutan para peserta di Nivea X Hado Malaysia Open 2018 adalah:

  • Juara: RM5,000 tunai + produk Nivea
  • Naib Juara: RM3,000 tunai + produk Nivea
  • Tempat Ketiga: RM2,000 tunai + produk Nivea

Setiap pasukan mempunyai 3 orang pemain. Lebih menarik, sekiranya pemenang mempunyai seorang atau lebih pemain wanita, korang akan mendapat wang tunai tambahan sebanyak RM500.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan untuk kostum tercantik. Pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta produk Nivea.

Menarik bukan pertandingan ini? Nak tahu lebih lanjut, korang boleh follow Facebook Hado Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

S.O.N.: Game Seram Eksklusif PS4 Terbaru – Merungkai Kisah Bapa Yang Mencari Anaknya Yang Hilang

“Malaysia Mempunyai 14 Juta Pemain Esports, Ini Adalah Industri, Bukan Lagi Hanya Hobi Santai” – Syed Saddiq