in , , ,

NirvanaMeta Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Disember, Game Blok Rantai RPG Baru

Sebuah game RPG baharu yang berinspirasikan epik fantasi Barat bakal masuk ke gelanggang, digelar NirvanaMeta.

NirvanaMeta akan dilancarkan secara global dan sebuah acara pelancaran khas akan berlangsung di Malaysia pada 14 Disember 2021.

Sesi beta tertutup akan dijalankan terlebih dulu sebelum pelancaran, yang mana para pemain terpilih yang menyertai sesi percubaan ini akan diberikan ganjaran yang menarik.

Apa yang korang perlu ambil perhatian tentang NirvanaMeta adalah ia akan menampilkan peperangan pengepungan (siege war). Para pemain boleh menjadi tuan kepada sesebuah bandar dengan menawannya.

Game ini juga mempunyai map peperangan yang lebih canggih, pertarungan bos, dan banyak lagi mode. Setiap mode memiliki kehidupan yang mengagumkan dan menawarkan mekanisme ganjaran yang banyak.

Terdapat 34 kelas untuk para pemain pilih dalam game ini, termasuk bangsa manusia yang boleh mendominasi bangsa Aden dan banyak lagi bangsa yang sering kita lihat dalam mitologi Barat.

Berbeza dengan kaedah rekaan game tradisional yang memusatkan model pengurusan, game ini menggabungkan gaming metaverse dengan teknologi blok rantai, memberikan lebih banyak senario aplikasi dari tahap teknikal, yang mana amat penting khususnya dalam pembangunan masa depan.

NirvanaMeta akan mengadakan sidang media di Grand Ballroom Level 2, New World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Disember ini — dan semua dijemput hadir untuk menyaksikan pelancaran game blok rantai RPG dengan skala terbesar dunia ini.

Tak cukup menarik? Acara ini akan turut dimeriahkan dengan tetamu istimewa iaitu The Leng Sisters dan ChuaiN.

Artikel ini ditaja oleh NirvanaMeta.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us HBO: Nick Offerman Ganti Con O’Neill Sebagai Bill

Rockstar Tambah DLC Story Untuk GTA Online Minggu Depan, Menampilkan Dr. Dre