Bagi mereka yang belum mencuba, mungkin inilah edisi paling sesuai untuk didapatkan.
Nioh Complete Edition telah diumumkan oleh Koei Tecmo bagi pasaran Jepun dan bakal diterbitkan pada 7 November nanti bagi edisi digital. Bagi keluaran fizikal pula, ia akan diterbitkan pada 7 Disember kelak.
Dibekalkan bersama versi asal, pemilik-pemilik edisi ini akan dibekalkan bersama 3 DLC iaitu “Dragon of the North,” “Defiant Honor,” dan “Bloodshed”. Mungkin peminat-peminat siri ini mendapatkan versi fizikal memandangkan ia akan disertakan bersama sebuah CD yang mengandungi runut bunyi (OST) dan strategy guide mini yang dilengkapi bersama seni lukisan yang diguna semasa penyiapan Nioh.
Buat masa ini, tiada pengumuman bagi keluaran antarabangsa tetapi kami yakin ia akan disampaikan tidak lama lagi.
Saksikan gameplay bagi DLC “Bloodshed” yang bakal diterbitkan pada 29 September dibawah.
Comments
Loading…