Nioh merupakan antara game yang amat dinantikan pada tahun ini. Ramai yang mengatakan bahawa game ini memiliki banyak persamaan dengan siri Souls. Betul ke?

Nioh, Pencabar Dunia Siri Souls?

Kusangkakan klon Dark Souls, rupanya salah sama sekali. Nioh datang mengegarkan dunia gaming kita dengan menyajikan aksi samurai yang pantas dan mendebarkan!

Nioh datang dari air tangan Koei Tecmo yang lebih terkenal dengan karya Ninja Gaiden (nampak pengaruh aksi pantasnya di game ini) dan Dead or Alive. Berlatar belakangkan zaman ” Japanese Warring States period”, ia menceritakan mengenai kehidupan William Adams (tokoh sejarah yang betul, tetapi alkisah Nioh yang fiksyen) dan kehadiran beliau ke Jepun. Semestinyalah kalau cerita orang biasa tiada hantu dan jin bagai, buat apa orang buat game, betul tak? Samurai, raksasa ganas, pedang katana dan awek cun, setting yang sempurna untuk game ini.

Okay habis intro, now kita masuk review.

Dunia Samurai Yang Penuh Mistik Dan Mengasyikkan

Sejujurnya kehadiran Nioh ini agak mengejutkan aku kerana aku tidak sempat bermain demo version kerana kekangan internet terhad. Aku ingatkan game ini susah biasa-biasa aje, oh betapa tersilapnya aku…

Game Nioh ini benar-benar menjanjikan kadar kesusahan yang hebat terutamanya melibatkan Boss Fight. Reaksi Boss pula sangat cepat dan opening window untuk hits terlalu sekejap untuk kita gunapakai. YUMMY.

Berapa kali aku menyumpah seranah TV dan DS4 kerana tahap kesusahannya ini. Jadi bagi sesiapa yang suka mencari penyakit, game ini aku memang recommended-lah.

Secara visual, game ini agak cantik dan menarik. Rekaan monster Yokai, bad guys, baju dan senjata betul-betul mengikut deskripsi pada zaman itu. Tidak ada pedang besar saiz mengarut yang dibawa kehulu kehilir tanpa mengikut logik akal. Suasana suram dan menyeramkan pada dungeon yang disediakan adalah bersesuaian dengan tema game ini. In-game audio dan soundtrack pada aku biasa-biasa sahaja, tiada track yang aku rasa bagus yang boleh terngiang-ngiang dalam kepala selepas seisi gaming.

Sistem Combo Dan Teknik Yang Pelbagai!

Adalah tidak adil jika kita mengatakan Nioh hanyalah klon Dark Souls. Ini kerana pada pendapat aku, ia merupakan upgrade dari siri Souls. Dari segi gameplay, ia sangat laju dan mengandungi combo-combo yang kompleks (bergantung kepada kelas senjata dan skill yang telah di-unlock).

Terdapat 3 jenis “stance” yang boleh dipadankan dengan senjata semasa permainan dan ini menambah perisa pada game ini. Stance low yang pantas untuk pengejar adrenalin, Stance mid untuk pengguna yang bersederhana dan Stance high bagi penggemar damage dan serangan berisiko tinggi. Dan kesemua stance ini boleh digabungkan semasa perlawanan dan menjanjikan aksi pantas dan mendebarkan.

Pengurusan Item Dan Loot Drop Yang Menjengkelkan!

Sedikit teguran dari aku, game ini memang fail dari segi pengurusan inventori, aku cepat terasa menyampah kerana TERLALU BANYAK item drops dari musuh. Bunuh siput, jatuh lembing. Bunuh roda api jatuh armor set, apakah ini?!

Boleh dikatakan sistem drop item ini hampir sama dengan pengurusan inventori Game Diablo 3 kerana setiap drop itu mempunyai kelas-kelas “rarity” dia. Memeningkan! Banyak masa aku terpaksa habiskan untuk memilih senjata dan baju yang terbaik untuk melawan monster. Pada aku ini tidaklah begitu sesuai dengan genre game yang sebegini pantas.

Malangnya game ini mengandungi mod multiplayer yang sangat terhad berbanding siri Souls. Anda boleh bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membantai boss ataupun melawan watak AI yang dihasilkan berdasarkan player online yang mati di tempat itu.

Mungkin pada patch yang akan datang, suatu sistem true PvP boleh dihasilkan oleh game ini. Pandangan peribadi aku, boss-boss dalam game ini perlulah dilawan secara solo untuk menikmati game ini secara maksimum.

Keputusan: Boleh Beli or Boleh Blah!?

BOLEH BELI Bagi peminat tegar siri Souls ataupun yang mahukan game bergenrekan samurai Jepun, game ini amat sesuai dengan anda.
BOLEH BLAH Jika anda peminat tegar PvP multiplayer dan bencikan pengurusan inventori RPG, aku rasa game ini bukan taste kau.

+ Rekaan dunia monster dan item yang menarik
+ Kesusahan yang kejam (ikut orang, ada yang suka, ada yang benci)
+ Replayability yang tinggi kerana pelbagai jenis kelas senjata yang boleh dicuba
+ Mekanisma Stance yang pelbagai

Pengurusan item yang renyah
Kesusahan yang kejam (ikut orang, ada yang suka, ada yang benci)
Mod multiplayer yang terhad
Audio dan soundtrack yang biasa-biasa sahaja

JomKomen!