Demo NiOh bakal menemui gamers pada akhir bulan April ini! 10 tahun diumumkan, akhirnya dapat juga kita merasa!
NiOh adalah sebuah projek yang melibatkan Koei Tecmo dan juga Team Ninja. Ia dikhabarkan bakal memberi cabaran kepada pemain dalam kecekapan, kesabaran dan juga merangka taktik.
Ramai yang cuba meramal bahawa NiOh bakal cuba mereplika gaya gameplay masocore* yang dibawa oleh FromSoftware dalam siri Souls.
Menurut Kou Shibusawa selaku produser NiOh, ia akan dipasarkan pada tahun ini. Namun begitu, tarikh tetap masih belum diumumkan. NiOh merupakan sebuah game eksklusif buat PlayStation 4.
Demo bagi NiOh boleh didapati di PLayStation Store mulai 26 April hingga 5 Mei Mac.
Comments
Loading…