Ya, Nintendo baru sahaja mengumumkan satu lagi model Switch yang baru, iaitu satu model yang mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama.

Korang jangan terkeliru pula. Model terbaru ini bukanlah Switch Lite yang diumumkan pada minggu lalu. Switch Lite merupakan model lain dengan spesifikasi yang dikurangkan dengan harga yang turut dikurangkan.

Manakala, model terbaru Switch ini merupakan model yang dikemaskini dengan penambahan ketahanan bateri. Tiada pertukaran nama seperti “Switch Pro” atau lain-lain, ia tetap menggunakan nama “Switch” sahaja.

Nintendo menggunakan game The Legend of Zelda: Breath of the Wild sebagai perbandingan untuk ketahanan bateri antara model Switch lama, Switch Lite dan model Switch baru. Di bawah ialah perinciannya:

  • Switch lama: 2.5-6.5 jam (3 jam untuk Zelda)
  • Switch Lite: 3-7 jam (4 jam untuk Zelda)
  • Switch baru: 4.5-9 jam (5.5 jam untuk Zelda)

Nintendo Switch model baru ini dijangka akan masuk ke pasaran pada awal September ini, mungkin lebih awal berbanding Switch Lite yang akan dilancarkan pada 20 September.

Sumber: Destructoid

JomKomen!