Minggu lalu, Nintendo telah mengeluarkan satu video acah, memperlihatkan sedikit cara terbaru untuk bermain dan bersenam dengan Nintendo Switch.

Terkini, mereka telah mengumumkan dan memperlihatkan lebih lanjut Ring Fit Adventure, sebuah game action-adventure yang menggunakan dua aksesori terbaru khas yang digelar Ring-Con dan Leg-Strap. Senang cerita, pemain perlu bersenam untuk bermain game adventure ini.

Secara ringkasnya, satu Joy-Con perlu diletakkan di Ring-Con yang berbentuk gegelung seperti stereng, dan satu lagi Joy-diletakkan di Leg-Strap yang kemudiannya diikat di paha kiri pemain. Ring-Con akan bertindak sebagai alat kawalan yang mana bermacam gaya boleh dilakukan dengan aksesori ini seperti menekan, menarik, menghayun dan macam-macam lagi untuk membuka kotak, mengelak serangan musuh, menembak raksasa, dan lain-lain.

Selain mode adventure ini, ada juga mode-mode lain seperti minigames yang boleh dimainkan dengan lebih ringkas dan cepat untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga.

Korang boleh saksikan trailer penerangan 7 minit di bawah untuk mengetahui bagaimana Ring Fit Adventure akan membuat korang berpeluh bermain Nintendo Switch:

Ring Fit Adventure untuk Nintendo Switch pada 18 Oktober ini dengan harga USD79.99 (~RM333).

JomKomen!