Acara Nintendo Direct telah disiarkan semalam, dan Nintendo umumkan generasi terbaru bagi game Pokemon mereka!

Trailer bagi Pokemon Sword & Pokemon Shield di atas mengumumkan game-game yang akan dilancarkan bagi platform Nintendo Switch ini akan membawa korang ke dunia baru – Galar, dan memperkenalkan Pokemon-Pokemon starter baru; Grookey, Scorbunny dan Sobble.

Pembangunan Sword & Shield diketuai Shigeru Ohmori yang turut membangunkan Pokemon Sun/Moon – jadi bagi korang yang tertanya-tanya kenapa art directionnya kelihatan sama, inilah sebabnya.

Pokemon Sword & Pokemon Shield akan dilancarkan lewat tahun ini nanti tanpa sebarang tarikh spesifik diumumkan lagi.

JomKomen!