in , ,

Nintendo Umumkan Game Battle Royale Untuk Super Mario Bros – 35 Pemain Berentap Serentak

Korang fikir demam battle royale dah habis? Korang silap kerana Mario baru sahaja masuk ke dalam gelanggang.

Nintendo telah mengumumkan Super Mario Bros. 35, sebuah game battle royale berinspirasikan daripada game klasik Mario. Seperti tertera dalam judulnya, ia akan menggabungkan 35 pemain berentap serentak.

Kalau korang masih ingat gameplay Tetris 99 yang dikeluarkan pada tahun lalu, banyak persamaannya dengan Super Mario Bros. 35 ini. 35 pemain akan berjalan serentak, skrin pemain sendiri akan berada di tengah dengan saiz paling besar, di kiri dan kanan pula diletakkan skrin-skrin kecil pemain lain.

Kita boleh mengacau pemain lain dengan menghantar kuasa-kuasa yang kita peroleh, dan semestinya kita sendiri juga boleh terkena serangan daripada pemain lawan. Pemain terakhir yang masih hidup, dinobat sebagai pemenang.

Juga sama seperti Tetris 99, Super Mario Bros. 35 hanya boleh dimainkan secara eksklusif oleh mereka yang melanggan Nintendo Switch Online. Walau bagaimanapun, game ini hanya boleh dimainkan dari 1 Oktober 2020 hingga 31 mac 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mario Kart Live: Home Circuit - Kawal Kereta Dan Trek Dunia Sebenar Di Ruang Tamu Dengan Nintendo Switch

Mario Kart Live: Home Circuit – Kawal Kereta Dan Trek Dunia Sebenar Di Ruang Tamu Dengan Nintendo Switch

No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?

No Straight Roads: Boleh Beli or Boleh Blah!?