Nintendo cukup terkenal dalam membawakan gaming handheld/konsol yang menampilkan fungsi dan teknologi yang jauh ke hadapan. Pada tahun Mac 2017, mereka telah mengeluarkan Nintendo Switch yang telah menambat hati ramai.
Terbaru, The Wall Street Journal (WSJ) (via Kotaku) telah melaporkan bahawa Nintendo bakal memperkenalkan versi baru untuk Switch pada tahun 2019.
Laporan tersebut menyatakan yang Nintendo mahu mengeluarkan Switch yang baru dengan harapan dapat menaikkan lagi momentum jualan Switch, yang mana ia dikatakan telah berkurangan sedikit selepas pelancaran yang mengejutkan.
Switch yang baru ini dikatakan akan mempunyai fungsi yang sama dengan versi kini dan boleh memainkan game-game Switch sedia ada.
WSJ menyatakan lagi yang Nintendo kini sedang berdebat tentang apakah hardware dan software baru yang akan dimasukkan ke dalam naiktaraf ini. Salah satu yang dibincangkan kini adalah untuk menaiktaraf skrinnya, lebih dekat dengan apa yang ada di LCD telefon pintar masakini, yang mana mampu membuatkannya lebih terang, lebih nipis dan lebih menjimatkan tenaga.”
Apa yang korang mahukan untuk Switch yang baru ini nanti?
Comments
Loading…