in , ,

Nintendo Switch Pro Dilaporkan Bakal Tiba Pada 2021 Dengan Pelbagai Penambahbaikan

Melihat Sony dan Microsoft yang semakin bersedia untuk melancarkan konsol baharu masing-masing pada hujung tahun ini, Nintendo pastinya mempunyai perancangannya tersendiri.

Beberapa laporan telah muncul yang mengatakan Nintendo bakal melancarkan satu model Switch baharu yang menyajikan bermacam penambahbaikan. Dikhabarkan digelar Nintendo Switch Pro, konsol-handheld tersebut dikatakan akan mempunyai kuasa pemprosesan lebih tinggi, visual dipertingkat dan digambarkan sebagai “lebih interaktif”.

Laporan ini hadir daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai seperti Taiwan Economic Daily NewsDigital Trends dan Bloomberg. Ia turut mengatakan yang Nintendo bersedia untuk melancarkan beberapa game baharu yang menggemparkan.

Switch Pro ini dilaporkan akan mula memasuki frasa produksi pada hujung tahun ini dan mula masuk ke pasaran sekitar awal 2021.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Nintendo Switch telah menggegarkan industri gaming dengan pelbagai inovasi teknologi yang mengagumkan serta barisan game eksklusif yang mantap seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan Animal Crossing: New Horizons. Setakat Jun tahun ini sahaja, Switch telah berjaya terjual sebanyak 61 juta unit di seluruh dunia.

Sekiranya kehadian Switch Pro ini adalah sahih, apakah ciri-ciri baharu yang korang harapkan akan ditampilkan? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia

Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia

Guardian Tales Keluarkan Kemaskini Baru - Acara 'Free Summon' Sehingga 30 Ogos

Guardian Tales Keluarkan Kemaskini Baru – Acara ‘Free Summon’ Sehingga 30 Ogos