Nintendo Switch Mengatasi Jualan Xbox One Di Seluruh Dunia, Kini Konsol Ke-9 Paling Laris Dalam Sejarah

Xbox One mungkin dilancarkan jauh lebih awal, iaitu pada November 2013, berbanding Nintendo Switch yang dilancarkan pada Mac 2017. Namun, ia tidak bermakna jualan Xbox One lebih banyak daripada Switch.

Menurut laporan yang dikeluarkan VGChartz, Switch telah mengatasi jualan Xbox One di seluruh dunia.

Sehingga 7 Disember 2019, Switch telah mengumpulkan jualan sebanyak 45.92 juta unit di seluruh dunia, manakala Xbox One pula telah berjaya terjual sebanyak 45.24 juta unit.

Kini, Switch menjadi konsol ke-9 paling laris dalam sejarah, dan sedang mengejar untuk memotong jualan yang pernah dicapai oleh Super Nintendo Entertainment System (SNES), iaitu sebanyak 49.10 juta unit. SNES pertama kali dilancarkan pada tahun 1990.

Dalam berita lain jualan konsol generasi masakini, PlayStation 4 bulan Oktober lalu telah berjaya menjadi konsol kediaman (home console) kedua paling laris dalam sejarah, memotong kedudukan konsol pertama PlayStation, walau bagaimanapun masih berada di belakang PlayStation 2.

JomKomen!