in ,

Nintendo Switch Lancarkan Stylus Rasmi – Lebih Mudah Gunakan Touchscreen

Nintendo sebenarnya telah mengumumkan stylus rasmi untuk Nintendo Switch pada Oktober lalu. Terbaru, mereka telahpun melancarkan stylus ini.

Walau bagaimanapun, stylus ini hanya baru dilancarkan untuk gudang online pasaran UK. Harap mereka akan bawakan aksesori terbaru ini ke pasaran Malaysia secepat mungkin.

Apa yang menarik tentang stylus ini ialah harga yang ditawarkan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan aksesori-aksesori rasmi lain yang melambung mahal. Di gudang online Nintendo UK, ia hanya berharga £6.99 atau kira-kira RM37.

Secara peribadi, penulis merasakan touchscreen di Switch terasa seperti kurang responsif. Maka, melalui kehadiran stylus ini pastinya akan lebih memudahkan penggunaan touchscreen di handheld ini.

Malah dalam trailer di bawah, kita dapat lihat bagaimana stylus ini sangat berguna untuk game seperti Dr. Kawashima’s Brain Training — sebuah game menguji minda dengan beberapa persoalan matematik yang memerlukan pemain menuliskan jawapannya seperti menggunakan pen di atas kertas.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Alienware Memperlihatkan 'Concept UFO' - Macam Nintendo Switch Tapi Main Game PC

Alienware Memperlihatkan ‘Concept UFO’ – Macam Nintendo Switch Tapi Main Game PC

Kenali Geralt, Yen Dan Ciri Dalam Netflix The Witcher Melalui Video Pengenalan Terbaru Ini

Masih Keliru Dengan Timeline Jalan Cerita The Witcher Netflix? Fahamkan Melalui Infografik Ini