Nampaknya Nintendo Switch semakin menjadi sebuah super-console!
1) Just in: Nintendo president Kimishima tells the Nikkei Switch's online service will be priced at 2-3,000 yen ($17.50 – $26.50) *YEARLY*.
— Dr. Serkan Toto / Kantan Games Inc. (@serkantoto) February 1, 2017
Presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima di dalam satu temuramah bersama Nikkei, dan seperti ditweet oleh Dr. Serkan Toto, seorang pemerhati industri gaming, telah mengumumkan harga servis online dan usaha Nintendo dalam membangunkan sokongan VR pada Nintendo Switch.
Harga langganan servis online Nintendo Switch akan diletakkan pada harga sekitar 2,000 – 3000 Yen (~RM78 – 117) setahun! Ini meletakkan harga langganan servis online Nintendo Switch lebih murah daripada PlayStation Plus dan Xbox Live!
Di samping itu, Kimishima-san juga berkata, Nintendo sedang mengkaji teknologi VR, dan akan memasukkan ciri tersebut selepas mereka mengatasi masalah bermain VR “berjam lamanya tanpa sebarang masalah.”
“Masalah” ini mungkin merujuk kepada isu mual, pening dan berat headset VR yang dihadapi ramai pemain teknologi tersebut. Nintendo sendiri berkata bahawa VR masih belum sedia untuk pasaran awam lagi.
Menambah VR kepada Switch mungkin sukar melihatkan kepada ciri dan perkakasan yang mensasarkan aspek mobiliti dengan hardware yang sedikit kurang berkuasa untuk menyokong VR. Bagaimanapun Switch memiliki ciri Augmented Reality, dan Nintendo kelihatan berminat untuk meneroka sisi teknologi mixed reality tersebut.
JomBaca: Nintendo Switch: Semua Maklumat Korang Patut Tahu Mengenai Handheld/Console Nintendo
Nintendo Switch akan dilancarkan 3 Mac, serentak di seluruh dunia. Ianya akan berharga 29,980 yen (~RM1164), USD299.99(~RM1339) dengan variasi harga di rantau lain. Game-game bagi platform ini juga telah diumumkan.
Comments
Loading…