Khabar angin tentang tarikh pelancaran bagi Nintendo Switch dan senarai game yang akan keluar bersamanya semakin bertiup kencang.
Semasa memperkenalkan Switch kepada umum, Nintendo hanya mengumumkan bahawa ia bakal dilancarkan pada bulan Mac 2017. Namun, tarikh tepat pelancaran tersebut masih belum didedahkan.
Terbaru, menurut laporan Nintendo Life, tarikh pelancaran konsol ini telah leaked berserta dengan game-game yang akan dikeluarkan bersamanya. Laman tersebut berkata, terdapat terlalu banyak khabar angin yang mungkin tidak boleh dipercayai sedang berlegar di ruang Internet kini yang melaporkan tentang info-info Switch. Namun, apa yang telah dikongsi mereka di laman tersebut adalah dari sumber yang mereka percaya adalah sahih.
Menurut laporan Laura Kate Dale, beliau mengatakan bahawa Switch akan dilancarkan di rantau PAL (Asia, Africa, Eropah, Amerika Selatan dan Oceania) pada 17 Mac 2017. Manakala ia akan dilancarkan di seluruh dunia pada minggu yang sama juga.
Di bawah adalah senarai game yang bakal dikeluarkan serentak dengan pelancaran Switch, senarai game yang akan keluar sepanjang tahun 2017, serta game yang akan keluar pada tahun 2018.
For folk who have been asking, this is my best attempt to lay out Nintendo Switch Software support as I understand it. pic.twitter.com/jFZbrMWHip
— Laura Kate Dale (@LaurakBuzz) November 20, 2016
Some of this info differs from what other Nintnendo Switch leakers have heard, but this is the picture I'm working from currently.
— Laura Kate Dale (@LaurakBuzz) November 20, 2016
https://twitter.com/LaurakBuzz/status/800293411232288768
Jika dilihat pada senarai game tersebut, nampaknya ia senada dengan laporan sebelum ini yang mengatakan The Legend of Zelda: Breath of the Wild tidak akan dikeluarkan pada hari pertama Switch dilancarkan.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Nintendo.
Comments
Loading…