in ,

Nintendo Switch Barang “Panas” – Unit Terjual Awal Adalah Unit Yang Dicuri!

Pengguna dari NeoGAF bernama hiphoptherobot telah menerima Nintendo Switch 2 minggu awal daripada hari pelancaran. Baru-baru ini beliau memulangkannya kepada Nintendo.

Nintendo berkata unit tersebut dicuri dan hiphoptherobot berkata beliau faham kenapa Nintendo mahukan unit itu kembali, kerana ianya didapatkan dengan cara yang tidak sah secara undang-undang. Beliau berkata beliau tidak mengetahui unit Switch beliau adalah unit yang dicuri lalu dijual kepada beliau.

Di dalam satu kenyataan, Nintendo berkata;

“Beberapa individu telah mendapatkan beberapa unit Nintendo Switch daripada kedai yang tidak dapat dipastikan. Nintendo telah mengesahkan bahawa unit-unit ini telah dicuri di dalam satu insiden melibatkan kakitangan sebuah pengedar di US, dengan satu sistem dijual secara haram. Individu terbabit telah dikenalpasti, dibuang kerja dan kini disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.”

Dalam kekecohan ini, harga Nintendo Switch di Malaysia yang mahal masih menerima rungutan daripada peminat peranti hibrid konsol/handheld tersebut. Nintendo Switch akan dilancarkan 3 Mac, serentak di seluruh dunia.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
For Honor: Boleh Beli or Boleh Blah!?

For Honor, Sniper Elite 4 Ungguli Carta Paling Laris Di UK Pada Minggu Lalu

Final Fantasy Menerima 3 Anugerah Guinness World Record - Termasuk Siri RPG Paling Banyak Dihasilkan!

Final Fantasy Menerima 3 Anugerah Guinness World Record – Termasuk Siri RPG Paling Banyak Dihasilkan!