in , ,

Nintendo : Nintendo 3DS Limited Edition Baru, Game Zaman SNES Kini Boleh Dimainkan!

Retro gamer mesti kenal sangat dengan console Super Nintendo (SNES) ini, kan?

Dalam event Nintendo Direct di Jepun pagi tadi, Nintendo telah mengumumkan 3DS Limited Edition dengan inspirasi dari SNES yang super duper cun ini!

New-3DS-SNES-1

Walau bagaimanapun, disebabkan design 3DS SNES ini berdasarkan tema warna SNES Jepun, handheld console ini hanya dikeluarkan untuk pasaran Jepun. Tapi jika anda fasih berbahasa Jepun dan tidak kesah untuk import game Jepun, apa lagi kan? Angkat je!

New-3DS-SNES

3DS Limited Edition ini bakal muncul di pasaran Jepun bulan hadapan dengan harga 21,600 yen (~ RM787 tanpa tax dan direct convert).

Tapi jangan risau, jika anda betul-betul rindukan SNES dan tak fasih berbahasa Jepun, Nintendo tidak melupakan anda wahai retro gamers sekalian. Beberapa game SNES sudahpun dan banyak lagi bakal dikeluarkan dan boleh dimainkan dalam platform New Nintendo 3DS!

Game SNES yang dikeluarkan ini mempunyai Pixel Perfect Mode yang akan membolehkan anda bermain game kegemaran anda ini dalam resolusi asal.

Sudah ada 3 games SNES Virtual Console yang boleh anda beli dan nikmati sekarang; iaitu F-Zero, Pilotwings dan Super Mario World. Setiap satunya berharga USD 7.99. ( Yang saya tahu, lepas ni saya nak pergi beli Super Mario World! )

SNES-3DS-2

Nintendo juga mengumumkan game Donkey Kong Country, Earthbound dan Super Mario Kart bakal release pada 24-March-2016. Seterusnya, pada 14-April-2016, temuilah game kegemaran anda yang lain seperti, Donkey Kong Country 2, The Legend of Zelda : A Link to The Past dan Super Metroid!

Hidup SNES!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Tokyo Mirage Sessions #FE : Akan Menemui Anda Dengan Versi Bahasa Inggeris!

Star Fox Zero: Bersedia Untuk “Do A Barrel Roll” Bulan April Ini!