Entertainment Software Association (ESA) telah berkata bahawa Nintendo, Microsoft dan Sony sedang menghasilkan polisi baru yang memerlukan peluang apabila membuka loot box didedahkan pada sistem-sistem mereka.

Ketua penasihat polisi teknologi di ESA, Michael Warnecke mengumumkan mengenai perkara itu di Federal Trade Commission. Beliau membangkitkan isu tersebut dengan mengatakan kes-kes kontroversi berkait dengan loot box terutamanya EA Origin dan Star Wars Battlefront II.

Beliau mengumumkan bahawa Microsoft, Sony dan Nintendo telah menunjukkan kepada ESA sebuah komitmen kepada polisi baru mengenai penggunaan loot box berbayar dalam game yang mana dihasilkan untuk platform mereka. Secara spesifiknya, ini akan diaplikasikan kepada game baru dan game yang dikemaskini yang menambah ciri-ciri loot box. Dan ia akan memerlukan pendedahan kebarangkalian dan rarity item-item yang akan diperoleh dalam game.

Peneraju utama syarikat-syarikat penerbitan game dalam ESA juga memutuskan untuk mengikut jejak langkah yang hampir sama di mana mereka akan memberikan informasi dengan lebih mendalam mengenai sesebuah item berbayar kepada pembeli.

Pada tahun 2017, Apple telah melakukan pendedahan loot box untuk game-game di iOS. Google juga mengikuti tindakan yang sama dalam Google Play pada awal tahun ini.

ESA memberitahu bahawa polisi pendedahan loot box itu akan diimplementasikan pada tahun 2020 bagi semua pemegang platform. Kumpulan itu telah mendedahkan senarai syarikat yang akan menggunakan polisi tersebut dalam semua game terbaru menjelang akhir tahun 2020. Senarai itu termasuklah Activision Blizzard, Bandai Namco Entertainment, Bethesda, Bungie, Electronic Arts, Microsoft, Nintendo, Sony Interactive Entertainment, Take-Two Interactive, Ubisoft, Warner Bros. Interactive Entertainment dan Wizards of the Coast.

Sumber: Gamesindustry

JomKomen!