in , ,

Nintendo Memperlihatkan Trailer Baharu Sekuel Legend of Zelda: Breath of the Wild, Masih Rahsiakan Judul Penuhnya

Nintendo pertama kali mengumumkan sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild pada dua tahun lalu, kemudian hanya membisu setelah itu.

Terkini, Nintendo telah berkongsikan info baharu bersempena minggu E3 2021 yang sedang berlangsung.

Sebuah trailer baharu telah diperlihatkan, menyaksikan sedikit aksi sinematik dan gameplay. Di akhir video itu, mereka mendedahkan yang sekuel ini akan hadir pada tahun 2022 untuk Nintendo Switch.

Sekiranya korang perasan, game ini masih digelar sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild, atau dalam kata lain judul rasmi penuhnya masih belum didedahkan.

Dalam satu temu bual bersama IGN, wakil Nintendo, Bill Trinen berkata bahawa mereka belum bersedia untuk mendedahkan judul penuhnya kerana ia akan memberikan klu besar terhadap apa yang bakal terjadi dalam sekuel itu kelak.

“Untuk mengapa kami masih belum mahu mendedahkan namanya, kamu hanya perlu nantikannya kerana, tentunya, judul-judul game Zelda adalah sangat penting,” kata Trinen. “Sub-judul itu nanti… ia akan memberikan sedikit bayangan tentang apa yang mungkin akan terjadi.”

Buat masa ini, sehingga Nintendo mengumumkannya secara rasmi, kita bolehlah panggil ‘sekuel kepada’ atau ‘The Legend of Zelda: Breath of the Wild 2’.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077 Kembali Ke PlayStation Store Minggu Depan, Sony Sarankan Main Di PS5, PS4 Pro

Grand Theft Auto V Online Di PS3, Xbox 360 Akan Ditutup Pada Disember Ini