in ,

Nintendo Kejutkan Penumpang Southwest Airlines Dengan 3DS XL dan Mario Maker Percuma!

Untunglah dapat 3DS XL percuma!

Nintendo membuat kejutan Krismas bagi para penumpang Southwest Airlines, syarikat penerbangan kos rendah terbesar di dunia. Setiap penumpang di salah sebuah penerbangan tersebut menerima Nintendo 3DS baru dan salinan digital game Super Mario Maker bagi 3DS tersebut!

Lagi best, sejurus selepas mereka mendarat di Los Angeles, Mario pula menyambut ketibaan mereka! Saksikan video acara ini di Twitter Southwest di bawah!

Penulis menantikan Sony Malaysia dan AirAsia buat sesuatu seperti ini juga. Harap-harapnya penulis turut berada di tempat kejadian semasa ianya berlaku nanti. Psstt, PS4 Pro please.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kisah Di Sebalik Bagaimana Idea Francais FIFA Ditolak EA Pada Tahun 1991

Suka Duka Demo: NieR: Automata