Semalam, Nintendo telah mengeluarkan laporan pendapatan terbaru mereka untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2017. Akhirnya kita telah mengetahui berapakah jumlah rasmi penjualan konsol terbaru keluaran mereka, Switch.

Sejak ia dilancarkan pada 3 Mac sehingga 31 Mac 2017, Nintendo Switch berjaya terjual sebanyak 2.74 juta unit. Angka ini telah mengatasi jangkaan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh SuperData sebelum ini, di mana firma penganalisis itu melaporkan bahawa penjualan Switch telah mencecah 2.4 juta unit.

Nintendo juga telah melaporkan bahawa 5.46 juta unit perisian (game) telah berjaya terjual.

The Legend of Zelda: Breath of the Wild telah mencecah 3.84 unit jualan di seluruh dunia, yang mana 2.76 unit terjual di platform Switch, manakala 1.08 unit di platform Wii U.

JomBaca: The Legend of Zelda: Breath of The Wild: Boleh Beli Or Boleh Blah!?

Selain itu, Nintendo turut menyebutkan tentang 1-2 Switch, namun, mereka hanya menyatakan game itu “mendapat sambutan hangat”, dan tidak mendedahkan angka sebenar jualan.

Lebih menarik, untuk tahun fiskal ini, yang bermula dari 1 April 2017 hingga 31 Mac 2018, Nintendo meletakkan sasaran 10 juta unit Switch akan terjual, bermakna 12.74 dijangka akan terjual sejak ia dilancarkan.

Dalam jangka masa yang masa juga, Nintendo menyasarkan 35 juta unit game di platfrom Switch terjual, menjadikan 40.46 juta unit game terjual sejak konsol itu dilancarkan.

Anda boleh baca laporan penuh pendapatan tahun fiskal Nintendo yang telah diringkaskan oleh DualShockers di sini.

JomBaca: Saksikan Gameplay Minecraft Versi Switch – Lagi Meletuplah Apabila Minecraft Boleh Dimainkan Di Switch Nanti!

JomKomen!