Presiden Nintendo Amerika, Reggie Fils-Aime telah menyatakan bahawa Nintendo akan adakan “E3 yang besar tahun ini”, dan beliau turut bercakap tentang pelancaran Nintendo Switch.

“E3 adalah sesuatu yang sentiasa penting buat Nintendo. Kami melihat setiap E3 sebagai peluang yang unik untuk menyampaikan kisah kami. Dan kami akan adakan E3 yang besar pada tahun ini,” kata Reggie dalam satu temu ramah bersama Fox News.

“Kami akan memperlihatkan pelbagai jenis game. Kami akan mempunyai pengalaman untuk… pengguna akan berupaya untuk menghadiri acara itu buat pertama kalinya. Jadi saya tidak akan dedahkan semua game yang pelbagai itu dan rahsia kecil kami untuk E3, tetapi saya boleh beritahu anda yang E3 akan menjadi peluang besar untuk kami memperlihatkan bukan sahaja Nintendo Switch, malah kandungan yang bakal tiba untuk Nintendo 3DS.”

Beliau turut memberi komen tentang pelancaran Switch, dengan mengatakan reaksi pengguna terhadap konsol ini sangat “mengagumkan”.

“Setiap hari kami merakamkan rekod-rekod baru – dari perspektif Amerika – bermakna hari ini saya boleh melihat ke belakang dan nampak bagaimana saya membandingkan pelancaran Wii, atau Nintendo DS, atau Nintendo 3DS, dan saya merakamkan rekod jualan setiap hari dengan Nintendo Switch.”

“Reaksi itu sangat menakjubkan. Pengguna mahukannya.”

Dua minggu lalu, ia telah dilaporkan bahawa sebanyak 1.5 juta unit Switch telah terjual di seluruh dunia. Di samping itu, pengeluaran unit Switch dikatakan akan bertambah sebanyak dua kali ganda pada tahun ini atas permintaan yang tinggi daripada para pemain.

JomKomen!