in

Ninja Tinggalkan Twitch, Akan Mula Stream Secara Eksklusif Di Mixer, Tandatangan Bersama Microsoft

Siapa yang tidak kenal dengan Ninja, atau nama sebenarnya Tyler Blevins? Beliau merupakan streamer yang mempunyai pengikut paling ramai di Twitch, dikenali di seluruh dunia melalui streaming-streaming Fortnite.

Terkini, Ninja telah mengumumkan bahawa beliau akan mula streaming secara eksklusif di Mixer, sekaligus meninggalkan platform beliau mencipta nama, Twitch.

Kata Ninja, tiada apa yang bakal berubah kerana “ianya diri saya yang sama, cuma platform berbeza”. Ninja menegaskan keputusan tersebut dilakukan untuk beliau “kembali ke akarnya”. Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum Fortnite menggegarkan dunia, Ninja pada asalnya mula lakukan streaming dengan game-game Halo.

Mixer merupakan milik Microsoft, begitu juga dengan Halo, jadi, katanya untuk “kembali ke akarnya”. Masuk akal. Lebih-lebih lagi apabila Halo Infinite akan dilancarkan pada akhir tahun 2020, pastinya ada perancangan antara kedua-dua pihak ini untuk mempromosikan game itu.

Pada tahun 2016, Microsoft telah membeli Beam, dan kemudiannya menukarnya kepada Mixer.

Jadi, kepada peminat setia Ninja, jangan lupa menonton Ninja di platform barunya, Mixer.com/Ninja.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Call of Duty: Modern Warfare - Trailer Baru, Gameplay, Tarikh Sesi Beta, Mode 100 Pemain, Cross-Play

Call of Duty: Modern Warfare – Trailer Baru, Gameplay, Tarikh Sesi Beta, Mode 100 Pemain, Cross-Play

Riot Games, Developer League of Legends - Sedang Bangunkan Fighting Game!

Riot Games, Developer League of Legends – Sedang Bangunkan Fighting Game!