Korang ada?

Pada 27 Disember 2018, Tyler “Ninja” Blevins, streamer Twitch menjadi pemain Fortnite yang pertama mendapatkan kemenangan Victory Royale yang ke 5,000 di PC! Ini bermakna, beliau berjaya menjadi pemain tunggal dalam 5000 perlawanan – mengalahkan lebih kurang 500,000 pemain lain! Hebat!

Statistik terkini Ninja di Fortnite Tracker

Paling mengagumkan, statistik gameplay beliau di Fortnite Tracker, Ninja setakat ini telah mencatatkan 13,500 permainan menjadikan peratusan kemenangan Vitory Royale beliau sebanyak 37%. Ini bermakna, beliau memenangi lebih kurang 1 daripada 3 perlawanan yang disertai!

Lagi hebat, Ninja turut mempunyai bilangan kill untuk singleplayer tertinggi bagi SEMUA platform pada bilangan 94,000 kill. Kill-death ratio (KDR) beliau juga berada pada KDR 11.10 sekarang!

Lagi hebat, Ninja turut mempunyai bilangan kill untuk singleplayer tertinggi bagi SEMUA platform pada bilangan 94,000 kill. Kill-death ratio (KDR) beliau juga berada pada KDR 11.10 sekarang!

Selepas Victory Royale nya yang ke-5,000 itu, Ninja berterima kasih kepada Epic Games kerana membikin game yang hebat ini. Ninja juga telah meng-upload video kemenangan ke-5,000 ini ke channel YouTube beliau.

Korang-korang yang main Fortnite battle royale tu – boleh challenge ke?

JomKomen!