in

Ninja Mula Stream Di Youtube Selepas Penutupan Mixer

Tengah malam tadi, Tyler “Ninja” Blevins telah kembali ke Youtube untuk mengadakan livestream beliau. Seperti biasa, Ninja bermain Fortnite untuk mengubat kerinduan para peminatnya.

Ini merupakan sesi livestream pertama Ninja selepas pengumuman penutupan Mixer, satu platform livestream di bawah syarikat Microsoft yang pada asalnya bermatlamat untuk menyaingi Twitch dan Youtube dalam industri game streaming.

Bulan lalu, Microsoft telah mengumumkan penutupan Mixer kerana platform tersebut tidak mendapat sambutan — seterusnya bakal mengadakan kerjasama dengan Facebook Gaming. Penutupan Mixer ini sekaligus menandakan yang beberapa streamer yang telah menandatangi perjanjian eksklusif dengan platform itu sebelum ini, seperti Ninja dan Shroud, bebas untuk memilih mana-mana platform yang ingin mereka adakan sesi livestream.

Dan seperti dijangka, Ninja pada malam tadi telahpun kembali ke Youtube, memandangkan beliau sudahpun mempunyai subscribers yang ramai di platform milik Google itu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, sesi livestream Ninja di Youtube ini kelihatan seperti hanya pilihan peribadi. Ninja dan Youtube nampaknya tidak (atau belum) mengumumkan sebarang kerjasama rasmi. Pastinya, di belakang tabir, banyak platform yang cuba mendapatkan kerjasama eksklusif dengan streamer popular itu.

Semestinya Ninja tidak akan kembali ke Twitch. Ninja sebelum ini sudahpun “bercerai” dengan Twitch kerana merasakan platform tersebut “terlalu toksik”.

Dengan platform manakah korang rasa Ninja bakal jalinkan kerjasama? Letakkan jangkaan korang di ruangan komen.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PES Bakal Kehilangan Lesen Rasmi Untuk AC Milan Dan Inter Milan

Konami Dan PES Bakal Kehilangan Lesen Rasmi Untuk AC Milan Dan Inter Milan

Sony Memperlihatkan Kali Pertama Rupa Kotak Game PS5 Melalui Marvel’s Spider-Man: Miles Morales

Sony Memperlihatkan Kali Pertama Rupa Kotak Game PS5 Melalui Marvel’s Spider-Man: Miles Morales