Streamer terkemuka, Tyler ‘Ninja’ Blevins kini kembali ke pangkuan asalnya apabila kembali untuk mengadakan livestream di channel Twitch beliau.
Ninja dulunya telah meninggalkan Twitch untuk menandatangani perjanjian eksklusif dengan platform baharu, Mixer. Seperti yang kita tahu, Microsoft telah menutup Mixer, seterusnya bekerjasama dengan Facebook Gaming.
Baru-baru ini, Ninja ada mengadakan livestream di Youtube, yang mana ramai menjangkakan yang beliau bakal kekal di sana. Namun, melihat sesi livestream malam tadi, nampaknya ramalan ini meleset.
Kembalinya Ninja ke Twitch ini tanpa sebarang pengumuman besar, selain beliau hanya menjemput peminatnya di Twitter untuk menonton di Twitch. Seperti biasa, beliau bermain Fortnite dan Call of Duty: Modern Warfare dengan beberapa streamer lain, DrLupo antaranya.
Menurut InfluencerUpdate.biz, akaun Twitch beliau telah kembali aktif, lengkap dengan kesemua livestream yang beliau pernah langsungkan sebelum ini serta penambahan jumlah followers sehingga 14.9 juta kini.
Mungkin Ninja akan terus kekal di Twitch atau akan berulang-alik antara Twitch dan Youtube? Sama-sama kita ikuti perkembangan ini.
Comments
Loading…