Menu
in

Ninja Kembali Ke Twitch Dengan Perjanjian Eksklusif Jangka Panjang

Setelah para peminat dan pemerhati industri gaming membuat bermacam spekulasi tentang masa hadapan streamer terkemuka Tyler “Ninja” Blevins, beliau akhirnya telah mengumumkan keputusannya.

Ninja telah kembali untuk mengadakan livestream di Twitch, dan kali ini ia merupakan sebuah perjanjian eksklusif selama beberapa tahun.

https://twitter.com/Ninja/status/1304087323731283968?s=20

Ninja pada Ogos 2019 telah meninggalkan Twitch untuk menandatangi perjanjian bersama Mixer, namun beberapa bulan kemudian, platform streaming baharu milik Microsoft itu telah ditutup. Ninja telah menjadi streamer bebas buat beberapa ketika, kadang-kala mengadakan streaming di Youtube atau Twitch, dan kini beliau hanya akan bersiaran langsung di Twitch selepas menandatangani perjanjian eksklusif.

Ninja bukanlah satu-satunya streamer yang pernah menandatangi perjanjian bersama Mixer yang telah kembali ke Twitch. Bulan lalu, Shroud juga melakukan perkara yang sama.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version