Tajaan bukanlah sesuatu yang baru kepada mereka yang menjana pendapatan secara sepenuh masa di Youtube atau Twitch. Tetapi, Tyler “Ninja” Blevins telah membawanya ke satu tahap yang jauh lebih tinggi.

Menurut laporan Reuters, yang memetik daripada satu sumber yang dirahsiakan, Ninja telah dibayar sebanyak USD1 juta (RM4.09 juta) oleh EA untuk mempromosikan Apex Legends dengan melakukan livestream dan mengeluarkan tweet semasa pelancaran game tersebut pada 5 Februari lalu.

Tweet pertama Ninja tentang Apex Legends ialah seperti di bawah:

Dalam livestream pertamanya untuk Apex Legends, Ninja dengan jelasnya menggunakan hashtag #ApexPartner untuk memberitahu bahawa livestream tersebut merupakan satu tajaan. Dan ia bertambah jelas dalam livestream yang seterusnya apabila beliau mengatakan “Apex Legends hari ini. Ini bukan iklan lagi… Game ini memang menyeronokkan!”

Ninja kemudian sambung untuk livestream dan tweet tentang Apex Legends sehingga 19 Februari, sebelum bercuti pada hujung minggu. Selepas itu, Ninja mula livestream Fortnite semula.

Apex Legends kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.